• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Sabah Mahu Satu Kerusi Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – MIC Sabah berhasrat bertanding satu kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berharap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, dapat mempertimbangkan permintaan itu.

“Datuk V. Jothi (pengerusi MIC Sabah) ada minta agar MIC Sabah mainkan peranan yang lebih di Sabah.

“Kami berharap ketua menteri Sabah boleh beri perhatian sewajarnya supaya masyarakat India yang ada di sini diberi peluang memainkan peranan dalam politik di Sabah dengan lebih bermakna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Sabah Ke-18, di sini hari ini.

Katanya selain membantu masyarakat India dari segi memenuhi harapan dan hasrat mereka di negeri ini, MIC juga boleh menyumbang kepada pembangunan Sabah pada keseluruhannya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Subramaniam, yang juga menteri kesihatan, berkata dalam tempoh beberapa hari lepas tidak ada kes baharu Zika dikesan di negara ini.

Mengulas kes pertama di Sabah membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Likas pada akhir bulan lepas, beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu telah melawat anaknya di Skudai, Johor sebelum disahkan dijangkiti virus itu.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat tentukan sama ada mangsa mendapat Zika melalui jangkitan di Johor atau di Sabah.

“Kita sedia maklum virus ini bukan baharu dan kita pernah ada kes pada 1953 dan 1976 (di negara ini),” jelasnya. – BERNAMA

Tags: MICSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chong Wei Raih Gelaran Keenam Terbuka Jepun

Next Post

’99km Healthy Ride’ Promosikan LATAR Kepada Pengguna

Related Posts

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

'99km Healthy Ride' Promosikan LATAR Kepada Pengguna

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd