• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Kekal Pendirian Dakwa Mereka Yang Bertanggungjawab

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tetap dengan pendiriannya untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 melalui mekanisme pendakwaan yang sesuai dan berkesan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata laporan interim Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) bagi MH17, yang turut disertai Malaysia, pada Rabu mengesahkan laporan teknikal sebelum ini oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang pesawat itu ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu BUK 9M38-Series.

Beliau berkata laporan itu juga membuat kesimpulan bahawa lokasi sebenar tapak pelancaran adalah di sebuah ladang pertanian berhampiran Pervomaiskiy, sebuah bandar di Kharkiv, Ukraine – kawasan yang dikawal oleh pemberontak pro-Rusia pada masa itu.

Liow menegaskan dapatan itu adalah konsisten dengan laporan DSB berdasarkan material yang diperoleh dari Amerika Syarikat dan Agensi Angkasa Eropah.

“Berbekalkan kedua-dua laporan JIT dan DSB, Malaysia tekad untuk menegakkan keadilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun laporan itu tidak dapat menentukan pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian tragik itu, tetapi JIT telah mengenal pasti identiti 100 individu yang dapat dikaitkan dengan tragedi MH17.

Liow berkata Malaysia, bersama-sama rakan JIT – Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia, tidak pernah berubah dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan.

“Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kami dalam JIT untuk siasatan terperinci dan telus yang membolehkan kami untuk meneruskan tindakan atas fakta yang lebih kukuh,” katanya.

Malaysia, katanya, menyambut baik pengumuman perjanjian JIT akan dilanjutkan sehingga Januari 2018 untuk membolehkan siasatan diteruskan tanpa henti.

Dalam tempoh sukar ini, ingatan dan doa kami sentiasa mengiringi waris dan orang tersayang kepada penumpang dan anak kapal MH17,” katanya. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd