• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Parti Komponen BN Isu Persempadanan

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) dipanggil bagi membincangkan mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung BN yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setiausaha agung parti komponen akan dikehendaki menyerahkan usul bantahan kepadanya sebelum dikemukakan kepada SPR.

“Saya akan beri tempoh mungkin sehingga Selasa (depan) untuk menyerahkan segala ketidakpuasan hati mereka,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutupan pertandingan menghias dan persembahan kelas bersempena bulan kemerdekaan sekolah-sekolah Putrajaya 2016, di sini hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Semua pihak diberi masa selama sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.

Mengulas laporan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia tidak akan menjadi kenyataan kerana pembangkang tidak akan menang pada pilihan raya itu.

“Biarkan mereka bermimpi,” katanya mengenai cadangan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menamakan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon Perdana Menteri ketika menjawab soalan hadirin dalam ceramahnya di University of London, baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Persempadanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persempadanan Semula Kawasan PR Akan Dibentang

10/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentang untuk dibahas dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali...

Sempadan Semula Dilaksana Sepenuhnya Ikut Undang-Undang

19/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Proses persempadanan semula bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd