• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Dan Audio Viral Pencerobohan Tak Benar

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali.

“Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya…Abaikan WhatsApp viral sedemikian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya sekiranya viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom beliau menafikan perkara itu.

“Kami tiada buat latihan pun…tiada apa yang berlaku…selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah untuk kesahihannya,” katanya lagi.

Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih.

Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan. – BERNAMA

Tags: Esscompenceroboh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd