• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kesihatan: Mufti Perlu Bincang Isu Gugur Janin Zika

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mencadangkan kepada semua mufti untuk duduk berbincang bagi mengeluarkan garis panduan mengenai isu pengguguran janin melibatkan ibu yang dijangkiti virus zika.

Menurut beliau, langkah itu perlu dilakukan agar satu keputusan dapat dicapai mengenai sama ada pengguguran janin boleh dilakukan atau tidak mengambil kira dari sudut pandangan agama Islam.

Keputusan itu dilihat penting kerana ia boleh memberikan garis panduan kepada golongan doktor mengikut pandangan yang telah ditetapkan oleh pakar ilmuan agama.

“Kita mengambil kira pandangan agama juga dan di dalam negara kita, kita cuma membenarkan gugurkan kandungan kalau ia membahayakan nyawa ibu bukan nyawa bayi.

“Kalau mufti Wilayah Persekutuan berkata sedemikian (ibu boleh gugurkan kandungan) ia mesti boleh diterima juga semua mufti negeri lain,”

“Walaupun saya menerima cadangan mufti Wilayah tapi ia mesti mendapat persetujuan mufti negeri lain supaya mereka sebulat suara dalam perkara ini.

“Mereka kena berbincang dan kalau mereka datang dengan satu kenyataan, itu akan membantu kita (Kementerian Kesihatan) untuk menggubal guidelines yang lebih sesuai yang boleh diberitahu secara umum kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Kesihatan Sainstifik Bersekutu ke-11 di sini hari ini.

Menteri Kesihatan: Mufti Perlu Bincang Isu Gugur Janin Zika
Dr. Subramaniam melancarkan Persidangan Kesihatan Sainstifik Bersekutu ke-11.

Kenyataan Dr. Subramaniam itu adalah susulan kenyatan yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengatakan wanita hamil dijangkiti virus zika boleh menggugurkan janinnya yang belum mencapai usia 120 hari.

Menteri Kesihatan: Mufti Perlu Bincang Isu Gugur Janin Zika
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Dr. Zulkifli, tindakan itu boleh diambil sekiranya janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga.

“Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit talasemia yang boleh diqiaskan bagi isu virus zika ini, sekiranya dapatan kajian daripada pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus tersebut boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

“Dalam keadaan sedemikian, persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya memetik laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kesihatanMuftiZika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd