• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Besar Kedah Hanya Jalani Pemeriksaan Susulan

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan bukannya akibat kecemasan seperti yang diviralkan di laman sosial.

Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri berkata Ahmad Bashah menjalani pemeriksaan susulan pada Ahad lepas bagi memastikan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan terbaik.

“Beberapa siri pemeriksaan susulan disalah anggap sebagai Menteri Besar dimasukkan ke Hospital kerana kecemasan adalah tidak benar.

“Apa yang terjadi adalah…Menteri Besar sendiri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesihatannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan viral di laman sosial mengatakan Ahmad Bashah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Nahar berkata pada masa ini, Menteri Besar sedang bercuti untuk berehat dan menyambut Aidiladha bersama keluarga di luar Kedah.

Katanya Ahmad Bashah hanya mematuhi arahan doktor supaya berehat dan tidak bertemu terlalu ramai orang dalam masa tertentu bagi mengelak jangkitan selepas pembedahan kecil yang dijalaninya pada Jun lalu.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lepas akibat komplikasi usus.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd