• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kemuka Pencalonan Untuk Majlis ICAO

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia memutuskan untuk mengemukakan pencalonan untuk dipilih semula menganggotai majlis pentadbir Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang akan mewakili Malaysia ke Perhimpunan ICAO ke-39 di Montreal, Kanada, berkata Malaysia mahu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan ICAO.

Malaysia secara konsisten memberi sokongan kepada usaha ICAO dan menyokong sepenuhnya visinya masa kini untuk mengukuhkan sistem penerbangan awam global yang menjaminn keselamatan, sekuriti dan kelestarian yang optimum, katanya.

“Saya menaruh harapan terhadap penyertaan syarikat penerbangan, pengawal selia dan industri dalam memastikan Malaysia terus mengekalkan kerusi dalam Majlis ICAO dan bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi industri penerbangan di Malaysia,” katanya dalam ucapannya pada upacara penerimaan pesawat Airbus A320neo AirAsia di sini hari ini.

Malaysia kini sebahagian daripada 36 ahli majlis pentadbir ICAO bagi penggal 2014-2016.

Perhimpunan ICAO ke-39 akan berlangsung di Montreal, Kanada dari 27 September hingga 7 Oktober tahun ini.

Ketika ditemui pemberita kemudian, kata Liow berkata antara agenda yang akan dibincangkan semasa perhimpunan ICAO akan datang ialah isu sekuriti dan keselamatan syarikat penerbangan dan sistem pengesanan pesawat.

Liow berkata Malaysia kali pertama dipilih menganggotai Majlis ICAO ialah semasa Sesi ke-36 perhimpunan pada 2007.

“Sepanjang tempoh menganggotai Majlis ICAO, Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam kerja-kerja Majlis,” katanya.

Mengenai upacara penerimaan pesawat Airbus 320neo, beliau berkata AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara mengendalikan pesawat tersebut yang mempunyai elemen alam sekitar.

Airbus 320neo merupakan pesawat ke-172 kumpulan AirAsia yang diterima daripada sejumlah 575 pesawat yang dipesan. Pesawat Airbus tersebut menggunakan enjin CFM International Leap-1A. – BERNAMA

Tags: ICAOLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd