• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Denmark Meterai MOU Bangun Industri Tenusu

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Denmark membuka lembaran baharu dalam kerjasama bidang pertanian antara kedua-dua negara dengan permeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) yang menumpukan kepada kerjasama membangunkan industri tenusu di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini merupakan satu lagi langkah bagi Malaysia untuk mencapai tahap jaminan bekalan makanan yang lebih kukuh serta mengurangkan kebergantungan terhadap susu import.

Malaysia ketika ini mengimport susu bernilai RM2.8 bilion setiap tahun, termasuk hampir 20 juta liter susu cair, terutamanya dari Australia dan New Zealand.

“Peningkatan pengeluaran susu tempatan bukan sahaja penting untuk mengurangkan import, tetapi ia juga boleh membantu menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan pengambilan susu, terutamanya susu segar, sebagai sumber protein dan nutrisi.

“Makanan memainkan peranan besar dalam pembangunan negara kerana penyediaan makanan yang berkhasiat hari ini akan menentukan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda generasi akan datang,” kata Ahmad Shabery dalam satu kenyataan.

Denmark, katanya, walaupun mempunyai keluasan yang terhad masih mampu menjadi antara pengeluar makanan utama di dunia, menerusi adaptasi teknologi yang inovatif, penggunaan tanah yang terancang serta gerakan koperatif yang berdaya saing.

Ahmad Shabery menandatangani MOU tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia di Copenhagen semalam, manakala Denmark diwakili oleh Menteri Alam Sekitar dan Makanan, Esben Lunde Larsen.

Beliau berada di Denmark sempena rangka lawatan dua hari yang turut merangkumi kunjungan ke ladang dan kilang tenusu Arla Foods, iaitu sebuah organisasi korperatif Denmark yang mempunyai hampir 13,000 ahli dengan pendapatan tahunan melebihi RM45 bilion dan merupakan pengeluar tenusu kelima terbesar di dunia. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyDenmark
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Wanita Didenda RM634 Berpurdah Di Tempat Awam

04/08/2018
0

STOCKHOLM - Seorang wanita berusia 28 tahun menjadi individu pertama didenda di Denmark kerana melanggar undang-undang negara itu yang melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd