KUALA LUMPUR – Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati, enam daripada 150 firma yang ditinjau sudah memecat pekerja yang ‘terlampau’ leka bermain permainan Pokemon Go pada waktu pejabat.
Terdapat juga majikan lain yang mengambil tindakan seperti menasihati pekerja agar tidak bermain permainan tersebut dalam waktu kerja dan ada juga yang mengeluarkan surat amaran serta menggantung kerja tanpa gaji, menurut tinjauan tersebut.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa 95% majikan memandang serius perlanggaran peraturan yang melarang pekerja bermain Pokemon Go semasa berada di pejabat.
Dan sebanyak 96% peratus firma juga telah mengharamkan kakitangan mereka mendaftar permainan tersebut menggunakan alamat emel syarikat.
Bukan itu sahaja, 1/4 daripada majikan mengakui berjaya menangkap sendiri pekerja yang leka bermain Pokemon Go untuk menangkap makhluk maya berkenaan pada waktu kerja.
Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, 11% daripada syarikat yang ditinjau mengesahkan pekerja mereka mengambil lebih banyak masa makan tengan hari (lunch hour) dari yang ditetapkan kerana permainan itu.
Namun begitu, hasil tinjauan itu juga mendapati hampir 1/5 industri makanan dan minuman menyatakan permainan itu memanfaatkan perniagaan mereka. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: The Star