• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Mangsa Culik Terima Panggilan Minta Wang Tebusan

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Majikan kepada tiga warga Filipina yang diculik tujuh lelaki bersenjata di perairan Pulau Pom Pom di Semporna Sabtu lepas menerima panggilan meminta wang tebusan bernilai 2 juta Peso (RM180,000).

Karim Musappa, 30, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang mangsa culik Masurin, 50-an, pada Isnin lepas dan menyebut mengenai wang tebusan yang diminta penculik.

“Saya terima panggilan pada Hari Raya Haji pada pukul 7.55 pagi…penculik menjadikan mangsa (Masurin) sebagai orang tengah untuk berkomunikasi dan meminta wang tebusan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Beliau berkata laporan polis dibuat sejurus selepas menerima panggilan telefon tersebut.

Karim berkata isteri kepada seorang daripada mangsa culik itu turut menerima panggilan telefon baru-baru ini meminta wang tebusan yang perlu diberi hingga 19 September ini.

“Sekiranya gagal, kepala mangsa akan dipotong,” katanya dan menambah kesemua mangsa dipercayai berada di selatan Filipina di Jolo.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan pengadu menerima panggilan telefon tersebut namun enggan mengulas butirannya kerana polis masih menyiasat kesahihan panggilan telefon yang diterima itu.

Abdul Rashid berkata difahamkan semua mangsa dalam keadaan selamat dan polis akan terus menyiasat kes itu.

Tiga yang diculik di atas kapal Putera itu dikenali sebagai Loloi Alpin, 30, Sami, 30-an, dan Masurin, 50-an, masing-masing warga Filipina tetapi memiliki dokumen IMM13 dan Surat Banci daripada Pasukan Petugas Khas.

Mereka diculik tujuh lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 13 lagi anak kapal di perairan berkenaan kira-kira 10.40 malam pada 10 September lepas. – BERNAMA

Tags: culikFilipina
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hilang Ketika Periksa Pukat Dipercayai Dibaham Buaya

Next Post

Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Di Pangsapuri Presint 11

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Di Pangsapuri Presint 11

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd