• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfodz Dilantik Ketua Kluster Dakwah MPI

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan bagi menggantikan penyandang, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Mahfodz diyakini dapat membawa kluster dakwah itu ke arah usaha penyatuan ummah dengan berkesan seperti peranan yang dimainkan penyandangnya sebelum ini.

“Kluster dakwah kehilangan seorang tokoh. Pada hemat saya, ia harus digantikan oleh seorang lagi tokoh yang boleh membawa kluster ini ke arah penyatuan ummah dengan keupayaan mengetepikan kobilah, fahaman dan perbezaan politik demi kemaslahatan (manfaat) ummah secara keseluruhan,” katanya.

Allahyarham Haron, 76, yang juga Mursyidul Am PAS, yang dilantik mengetuai kluster dakwah pada Januari lepas, meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung pada 16 Sept lepas.

Ahmad Zahid berkata pelantikan Mahfodz dibuat bukan berasaskan parti politik atau organisasi yang disertainya tetapi atas kepercayaan MPI terhadap keupayaan Pesuruhjaya PAS Johor itu menerajui multaqa dan melontarkan pandangan kepada kerajaan dan sektor lain ke arah mewujudkan penyatuan ummah.

Timbalan perdana menteri berkata walaupun tidak menghubungi Mahfodz secara langsung namun percaya beliau akan menerima pelantikan itu demi kemaslahatan ummah.

Ditubuhkan atas inisiatif Ahmad Zahid sendiri, MPI yang dianggotai tokoh daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin badan bukan kerajaan berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberi cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menerima resolusi multaqa mengandungi lima saranan dalam usaha mengintegrasikan sistem ekonomi, antaranya membangunkan institusi waqaf korporat, menjadikan syarikat berkaitan kerajaan sebagai institusi korporat amanah dan menubuhkan profesion audit halal global. – BERNAMA

Tags: Mahfodz Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kenal Pasti Suspek ‘Viral’ Video Wanita Bogel Dipukul

Next Post

‘Saya Sangat Trauma & Fobia’ – Bapa Pelajar Malaysia Hilang

Related Posts

No Content Available
Next Post

'Saya Sangat Trauma & Fobia' - Bapa Pelajar Malaysia Hilang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd