• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madu Tualang Berkesan Atasi Masalah Tulang Rapuh

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita menopause (putus haid), setanding dengan ubat moden.

Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Rosline Hassan berkata penemuan itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas.

“Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden.

“Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang,” katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian di sini hari ini.

Dr. Rosline berkata kajian sama turut dilakukan ke atas perokok dan didapati tahap keracunan dalam tubuh mereka berkurangan selepas mengambil madu tualang sebanyak 20 gram sehari selama tiga bulan.

“Pembuktian secara saintifik ini menunjukkan produk semulajadi mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu terus diterokai penyelidik negara khususnya penyelidik USM dari semasa ke semasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan produk semulajadi terutama madu tualang perlu ditekankan untuk memastikan ubat-ubatan tradisional berkualiti serta selamat untuk digunakan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dinsuhaimi Sidek, yang membuka kolokium itu, berkata penggunaan ubat-ubatan tradisional adalah sebanyak 69.4 peratus di Malaysia terutamanya dalam terapi berasaskan herba untuk mengekalkan kesihatan.

Kolokium berkenaan diadakan bagi mengumpul para penyelidik untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan penyelidikan produk semulajadi dalam bidang kesihatan.

Antara topik lain yang dibentangkan ialah penggunaan produk ikan haruan, tongkat ali dan hempedu bumi dalam menangani isu kesihatan seperti penyembuhan luka, kanser dan kesihatan lelaki. – BERNAMA

Tags: madu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

01/04/2024
0

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. IKUTI CHANNEL...

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

01/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang penjual darah ular di kawasan gerai makan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd