• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Patah Kaki Dihempap Pokok

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lelaki berusia 40-an patah kaki kiri apabila dihempap sebatang pokok tumbang ketika menunggang motosikal bersendirian di Lorong Bercham 6, Kampung Bercham, pagi Rabu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 7.28 pagi tadi mengenai kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi anggota bertugas mendapati motosikal bersama penunggangnya dihempap sebatang pokok tumbang ketika mangsa melalui laluan berkenaan.

“Anggota bertugas bertindak guna gergaji rantai untuk memotong pokok yang hempap mangsa lalu dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian diarahkan untuk melakukan kerja pemotongan dahan dan batang pokok tersebut dengan menggunakan gergaji rantai.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zabidi Sehibi itu tamat pada pukul 8.32 pagi. – Harian Metro

Tags: patah kakipokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

4 Sekeluarga Terselamat Kenderaan Dihempap Pokok

12/01/2025
0

KLUANG : Empat sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang semasa hujan di kilometer 48.5...

Murid Tahun Satu Patah Kaki Digilis Pacuan Empat Roda

Murid Tahun Satu Patah Kaki Digilis Pacuan Empat Roda

30/11/2024
0

HULU SELANGOR - Seorang murid Tahun Satu cedera selepas digilis pacuan empat ronda dipandu wanita warga asing di kawasan perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd