• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nepal Maut Ditimpa Pokok Kelapa Sawit

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki warga Nepal maut selepas sebatang pokok kelapa sawit tumbang menghempap pondok yang didiami mangsa dalam ladang kelapa sawit itu di MK 2, Jalan Tasek, Simpang Ampat dekat sini awal pagi ini.

Mangsa Nuring Nabang, 20, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bawah pondok yang dihempap pokok kelapa sawit setinggi 0.61 meter.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi iaitu ketika hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Azman Hussin berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.25 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.

“Sebaik tiba kami mendapati pokok menghempap pondok berkenaan dan mangsa dalam keadaan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd Azman berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi menjalankan kerja memotong dan membersih pokok kelapa sawit yang tumbang itu untuk mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan katanya lelaki warga Nepal itu dipercayai bekerja di ladang menternak ayam yang terletak dalam ladang sawit berkenaan.

“Mangsa dipercayai tinggal bersama beberapa pekerja lain di pondok itu bagaimanapun rakan-rakannya sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berkenaan,” katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Seorang penduduk kampung di situ yang mahu dikenali sebagai Razali, 53, berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan pada 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh seorang pekerja asing yang memberitahu rakannya tersepit selepas pondok mereka runtuh dihempap pokok kelapa sawit di situ.

“Kejadian berlaku awal pagi, namun pekerja asing lain yang turut tinggal di situ tidak dapat keluar dari pondok berkenaan kerana hujan lebat. Sebab itu mereka lambat memaklumkan kejadian tersebut. Setelah dimaklumkan saya terus bergegas ke pondok berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: mautwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu pelajar M’sia Di Mesir: KPT Hantar Rombongan Khas Mulai Esok

Next Post

Hentikan Sebar Maklumat Tidak Benar – Ahmad Bashah

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Lelaki Dipercayai Maut Ditembak Di Hadapan Kedai Di Meru

Lelaki Dipercayai Maut Ditembak Di Hadapan Kedai Di Meru

20/06/2025
0

KLANG – Seorang lelaki dipercayai maut selepas ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Batu 5, Jalan Meru di sini,...

Next Post

Hentikan Sebar Maklumat Tidak Benar - Ahmad Bashah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd