KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya MEX akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
MEX dalam satu kenyataan media berkata, pemberian diskaun ini akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya itu bermula pukul 12 pagi sehingga 11.59 malam pada 12 September 2016.
“Dianggarkan lebih 83,000 kenderaan bakal menikmati diskaun laluan tol pada hari tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Kata kenyataan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 03-83159111. – MYNEWSHUB.CC