• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#LajuLasahLaju: Sokongan Buat Siti Noor Lasah

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN tiga atlet di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro yang berjaya meraih pingat emas membuka mata rakyat negara yang kini terus menerus memberikan sokongan kepada kontinjen paralimpik negara.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly adalah tiga individu yang menjadi pembakar semangat untuk rakan- rakan sepasukan meneruskan buruan pingat di temasya empat tahun sekali itu.

Hari ini, satu lagi berita gembira dari Brazil yang diterima apabila Siti Noor Lasah Mohamad Arifin berjaya layak ke peringkat akhir acara 400 meter T20 (wanita).

Biarpun bakal bersaing dengan pemilik ranking pertama dunia, Barbara Niewiedzial dari Poland, namun rakyat Malaysia nampaknya tidak melihat pingat emas sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai Lasah.

#LajuLasahLaju: Sokongan Rakyat Malaysia Buat Siti Noor Lasah

Dengan menggunakan #LajuLasahLaju, rakyat negara ini memberikan kata-kata semangat dan berdoa supaya kejayaan akan diperolehi atlet berusia 26 tahun itu.

“wow mungkin emas ke4 untuk msia iA sama2 doakan ✨✨ #lajulasahlaju.” kata Intan yang memuat naik kata-kata sokongannya di laman Twitter.

“Good luck Siti Nor Iasah ! Make us proud! #Paralympics #MalaysiaBoleh #lajulasahlaju,” coretan xbxm qve ‏@QueIQbal7.

Lasah, yang menduduki ranking ketiga dunia, akan bertanding dalam peringkat akhir jam 4.30 pagi (waktu tempatan) Rabu (esok).

Netizen percaya Lasah akan memperolehi pingat emas yang keempat untuk negara selepas memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat sekaligus memperbaharui rekod sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014. – MYNEWSHUB.CC

Tags: brazil 2016ParalimpikRio de Janeiro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Mungkin Dibatalkan Sebagai Penganjur

28/01/2019
0

KEJOHANAN Renang Para Dunia yang bakal berlangsung di Sarawak Ogos ini masih dalam perbincangan selepas keputusan Malaysia melarang kontinjen Israel...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd