• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Beri Input Berkenaan Zika Kepada Majlis Fatwa

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentangkan input perubatan dan saintifik mengenai virus Zika, termasuk insiden jangkitan kepada ibu mengandung, kepada Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata tiada keputusan muktamad berkaitan pendirian pengguguran bayi bagi ibu dijangkiti virus Zika dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Zika dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam yang turut disertai Majlis Fatwa.

“Buat masa ini, KKM akan meneruskan dasar sedia ada berhubung jangkitan Zika,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai mesyuarat Kementeriannya bersama Majlis Fatwa dan beberapa agensi berkaitan semalam.

Ditemui selepas menghadiri Persidangan Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan di sini hari ini, Dr. Subramaniam berkata KKM diwakili Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Chen Chaw Min pada mesyuarat mengenai Zika itu.

Laporan sebelum ini menyebut KKM akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa berhubung pendirian bersama mengenai pengguguran bagi ibu yang dijangkiti virus zika yang boleh menyebabkan bayi dijangkiti mikrocephali dan mengalami kecacatan.

Kabinet sebelum ini mengarahkan KKM membincangkan perkara itu dengan Majlis Fatwa bagi mendapatkan konsensus kebangsaan tentang bagaimana untuk mengendalikan isu tersebut.

Setakat ini, hanya Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa ibu mengandung yang dijangkiti virus Zika dibenarkan melakukan pengguguran.

Undang-undang sedia ada di negara ini pula hanya membenarkan pengguguran jika ia mendatangkan risiko kepada nyawa ibu.

Sehingga semalam, kes jangkitan Zika di negara ini kekal enam dengan satu daripadanya melibatkan wanita mengandung di Johor Bahru. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamvirus zika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengarah Didakwa Rasuah, Gubah Wang Haram RM1.28j

Next Post

Ukraine Suarakan Sokongan Mutlak Siasatan MH17

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

Next Post

Ukraine Suarakan Sokongan Mutlak Siasatan MH17

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd