• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik Remaja Perempuan, Benar Atau Rekaan

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANIK, takut dan bimbang. Itu antara perasaan ahli keluarga apabila mengetahui anak perempuan mereka hilang dalam sekelip mata.

Bermulah operasi mencari dan laporan polis dibuat supaya anak perempuan yang baru berusia belasan tahun ditemui dalam keadaan selamat.

Tidak kurang juga, usaha mencari melalui laman sosial dengan berkongsi gambar anak yang dipercayai diculik itu melalui Twitter, Facebook, WhatsApp atau apa sahaja kaedah yang boleh membantu.

Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan seorang remaja perempuan itu mengatakan dirinya diculik. Mungkinkah ianya boleh menjadi satu cerita rekaan untuk mencapai keinginan mereka yang dikatakan mangsa ini.

Insiden seperti ini bukan yang pertama kali dilaporkan kerana sebelum ini pada tahun 2012, Siti Nur Fatihah Mahadi mendakwa dirinya diculik ketika membeli kad prabayar telefon.

Namun, pelajar berusia 15 tahun itu mengakui telah lari ke rumah teman lelaki kerana mengalami tekanan emosi.

Kita lihat semula kejadian yang pernah mengemparkan negara apabila Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, mendakwa dirinya diculik menggunakan van putih pada awal Januari lalu.

Kes ini mendapat perhatian apabila terdapat rakaman perbualan telefon Nur Amirah dengan kakak angkatnya yang mengambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Nur Amirah berjaya ditemui bersama teman lelakinya berusia 19 tahun di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Akibat menipu, Nur Amirah dihantar ke Tunas Bakti manakala teman lelakinya dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun.

Terbaru, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15 yang mendakwa dirinya dilarikan dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang menunggu van di hadapan rumahnya, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Selangor, semalam.

Selepas tujuh jam dilarikan, pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn ini ditemui orang awam dan dihantar pulang dalam keadaan selamat.

Satu perkara yang dikesalkan apabila siasatan polis mendapati kejadian tersebut sengaja dirancang kerana ada pelbagai elemen yang mencurigakan.

Difahamkan, Nur Darleen mengenali suspek yang berusia 20-an dan seorang lagi rakannya. Namun, semuanya masih dalam siasatan selepas polis mengenal pasti seorang daripada dua suspek yang terbabit.

Daripada kedua-dua kes ini, dapat dilihat penglibatan individu yang dikenali mangsa. Adakah mereka ini perlukan perhatian atau kurang kasih sayang?

Kejadian seperti ini memberi kesan bukan sahaja kepada penjaga tetapi juga rakyat negara ini yang prihatin dengan insiden membabitkan pelajar sekolah terutamanya perempuan.

Rakyat negara ini pernah ‘ditipu’ dengan kes penculikan Nur Amirah dan sudah tentu tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi dalam tempoh yang singkat ini.

Dimana silapnya hingga terjadi kejadian seperti ini? Mungkin penjaga perlu memainkan peranan yang lebih teliti selain disokong masyarakat setempat supaya insiden ‘diculik’ ini tidak berlaku lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes culikkes tipurekaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Lagi Geng Samun ‘Rizal Kundang’ Ditahan Polis

Next Post

Semak Semula Langkah Keselamatan Murid

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

Next Post

Semak Semula Langkah Keselamatan Murid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd