• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Curi Diseludup Ke Myanmar, Laos & Kemboja

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bukan sekadar dijual di pasaran gelap Thailand, tetapi sindiket kereta curi di Malaysia turut menyeludup kereta terbabit untuk dijual di pasaran gelap negara di Indo-China seperti Myanmar, dan Kemboja.

Sumber keselamatan yang mendedahkan modus operandi sindiket itu berkata, apabila kereta curi Malaysia itu tiba di negara seperti Myanmar, Laos dan Kemboja maka peluang untuk menemuinya semula adalah amat tipis.

Sindiket curi kereta di Malaysia, Thailand dan di negara Indo-China berkenaan mempunyai jaringan kerjasama sesama mereka yang menyukarkan pihak berkuasa untuk menangani jenayah rentas sempadan itu.

“Selepas sindiket curi kereta mencuri kenderaan terbabit di Malaysia, mereka kemudiannya akan menyeludup keluar kereta itu ke pelabuhan di Singapura menggunakan kapal kontena.

“Dari pelabuhan di Singapura, kapal kontena bermuatan kereta curi Malaysia itu akan ke belayar pula ke pelabuhan di Thailand dengan pelabuhan Laem Chabang dipercayai destinasi utama mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bergantung kepada keadaan, sebahagian daripada muatan kereta curi itu akan diturunkan di Thailand untuk dijual di pasaran gelap negara jiran itu, menurut sumber berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, satu daripada cara paling terkini dan popular untuk menjual atau ‘melupus’ kereta curi Malaysia di Thailand adalah menerusi laman sesawang menjual kereta.

“Trend terkini adalah untuk menjualnya secara online sahaja,” katanya. Awal bulan ini pihak polis Thai menyerahkan 22 kereta curi Malaysia bernilai RM2.2 juta yang ditemukan di negara ini kepada Polis Malaysia.

Jika tidak dijual di pasaran gelap di Thailand, terdapat juga kemungkinan kereta curi Malaysia itu yang telah diturunkan di pelabuhan di Thailand, diseludup ke negara sekitar menggunakan jalan darat.

Thailand berkongsi sempadan darat dengan tiga negara Indo-China iaitu, Myanmar, Laos dan Kemboja, kemungkinan destinasi terakhir bagi kenderaan yang dicuri di Malaysia itu, katanya.

“Jikalau kereta curi Malaysia ini sampai ke negara-negara ini, peluang untuk menemukannya semula adalah umpama kosong,” katanya dan menambah, maklumat tentang kereta curi Malaysia di ketiga-tiga negara Indo-China itu juga sukar diperoleh.

Bagi sebahagian daripada kereta curi Malaysia yang tidak diturunkan oleh kapal kontena yang berlabuh di pelabuhan Thailand itu, ia akan meneruskan pelayarannya ke Myanmar atau negara Indo-China yang lain, menurutnya.

Tahun lepas, pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 18 kereta mewah dipercayai menjadi mangsa kepada sindiket curi kereta Malaysia di pelabuhan Laem Chabang, katanya.

Menurut sumber, 18 kereta mewah yang ditemukan itu adalah sebahagian daripada 43 kereta mewah Malaysia yang dibawa masuk ke Thailand menggunakan kapal kontena dari pelabuhan di Singapura.

“Bagaimanapun, 25 kereta mewah dari Malaysia yang turut berada di kapal itu itu gagal dikesan sehingga kini,” kata beliau.

Beberapa tahun lepas, beberapa kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai dicuri di Malaysia berjaya ditemukan dan digunakan oleh pemilik barunya di kawasan sempadan Myanmar-Thai, di Kemboja serta di Laos, katanya.

Beliau berkata kenderaan curi pacuan empat roda (4WD) amat popular di pasaran gelap di Myanmar, manakala kereta serta MPV mewah pula amat digemari oleh pelanggan pasaran gelap di Kemboja.

Terdapat juga dakwaan mengatakan kereta curi Malaysia itu kini digunakan oleh pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera serta kerajaan di negara Indo-China tertentu menggunakan pendaftaran baharu. – BERNAMA

Tags: seludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khidmat PM Dihad 2 Penggal Hanya Untuk Raih Sokongan

Next Post

Jamal Abdillah, Anak Kolaborasi Karya A. Nawab

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

Next Post

Jamal Abdillah, Anak Kolaborasi Karya A. Nawab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd