• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KE7B Umum Sertai Perlumbaan Lasak Euro Norcha

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) akan menyertai Kejohanan Siri Perlumbaan Lasak Euro Norcha di Alta Tamega, Portugal pada 22 hingga 27 September ini.

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, kejohanan pada kali ini sangat menguji mental dan fizikal peserta.

“Siri perlumbaan ini merupakan kejohanan ‘adventure racing’ yang cukup lasak.

“Ia berformatkan ‘expidition racing’ selama 72 jam sejauh 350 kilometer perlumbaan tanpa henti.

“Setiap pasukan terdiri daripada empat anggota iaitu tiga lelaki dan seorang wanita perlu bersama-sama dengan anggota kumpulan dari mula sehingglah tamat perlumbaan dalam usaha menjayakan misi tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

KE7B Umum Sertai Perlumbaan Lasak Euro Norcha
Bersama barisan penaja KE7B SNR Malaysia.
KE7B Umum Sertai Perlumbaan Lasak Euro Norcha
Datuk Shahrul Zaman dan Akmar Hisyam (tengah) dikelilingi Suhaimi (kiri), Shukri (kanan), Muqharabbin (belakang).

Turut hadir Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles; Presidennya, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Pengarah SNR Adventure Consultant, Shamsuri Abdul Latif.

Misi berkenaan dianjurkan bersama KE7B dengan SNR Adventure Consultant dan pasukan Malaysia akan dikenali sebagai KE7B SNR Malaysia.

Tambah Shahrul, antara aktiviti yang harus dilakukan oleh setiap pasukan adalah kayak laut, basikal bukit, navigasi, stand u paddle, rentas tali dan akhir sekali berenang.

Sementara itu, Akmar Hisham pula berkata, kejayaan KE7B menyertai Siri Perlumbaan Lasak Euro Norcha merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Jelas beliau, penyertaan dalam perlumbaan itu terhad kepada 30 pasukan sahaja dari seluruh dunia dan atas jemputan khas oleh penganjur iaitu Adventure Racing Euro Series.

“Wakil Malaysia boleh dianggap mewakili Asia dalam siri perlumbaan kali ini kerana tidak ada pasukan lain dari benua itu menyertainya,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan pasukan KE7B mampu mengharumkan nama negara.

Seramai empat atlet yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut. Namun yang hadir pada sidang media yang diadakan sebentar tadi ialah ketua pasukan, Suhaimi Mohammdin dan Mohd Shukri Sulaiman.

Manakala Laurel Lauridson dan Stephanie Chok tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Euro NorchaKE7B
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Tak Sertai PPBM, Setia Bersama UMNO – Ahmad Said

Next Post

KPN Indonesia ‘Turun Padang’ Pantau Macet Lebuh Raya

Related Posts

AS Puji Kejayaan Qobin Raih Gelaran Grand Slam

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Qobin yang menjadi Penjelajah Grand Slam pertama...

Kepulangan Qobin Penjelajah Grand Slam Negara Meriah!

07/01/2018
0

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini penuh dibanjiri ramai orang menyambut kepulangan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin...

Next Post

KPN Indonesia 'Turun Padang' Pantau Macet Lebuh Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd