• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas Barangan Seludup RM1.5j Di Sepanggar

oleh
03/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai kira-kira RM1.5 juta yang cuba diseludup ke Sabah melalui Pelabuhan Sepanggar dekat sini, dalam operasi sejak tiga minggu lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Subromaniam Tholasy berkata pelbagai barangan termasuk minuman keras, beras dan tayar itu dirampas dalam 32 buah kontena yang diperiksa di pelabuhan berkenaan.

Katanya, semua barangan itu melibatkan cukai yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta, yang merupakan rampasan terbesar Kastam Sabah setakat ini.

“Bagaimanapun setakat ini masih tiada tangkapan dilakukan. Pihak kami masih melakukan siasatan lanjut kerana penghantaran barangan itu menggunakan permit daripada sebuah syarikat yang biasa melakukan urusan mengimport.

“Modus operandi yang digunakan adalah membuat pengikraran yang tidak benar ke atas barangan yang memerlukan lesen import. Contohnya bir dan beras yang memerlukan lesen import telah diikrar sebagai perabot dan pelbagai lagi peralatan lain termasuk peralatan sukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pelbagai barangan berkenaan adalah dari Thailand, Vietnam dan Singapura.

Subromaniam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan kali pertama, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, beliau berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil daripada kerjasama kastam dengan pelbagai agensi lain termasuk pihak pelabuhan.

“Pelbagai agensi kawalan sempadan akan terus bekerjasama antara satu sama lain untuk memantapkan lagi sistem kawalan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Subromaniam meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pihak yang menyimpan, memiliki dan mengangkut barang yang tidak mempunyai kelulusan kastam agar segera membuat laporan kepada kastam melalui talian 1-800-88-8855. – BERNAMA

Tags: Kastamseludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Isu Rasuah Bukan Untuk Alih Perhatian” – Presiden Gerakan

Next Post

Cadangan Bina Lorong Basikal Di Sekitar Bandar Kota Bharu

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Cadangan Bina Lorong Basikal Di Sekitar Bandar Kota Bharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd