• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Tiada Wang Selamatkan Tebusan – Keluarga

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rosmiati Abdul Rahim hanya mampu menangis apabila melihat gambar bapanya yang berada dalam tawanan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di dalam hutan di Kepulauan Jolo.

“Saya hanya boleh berdoa supaya dia dan yang lain-lain dibebaskan,” kata wanita berusia 39 tahun itu.

“Kami tidak berdaya. Kami tidak mempunyai wang atau cara lain untuk membantu membawa mereka pulang dengan selamat,” katanya.

Bapanya, Abdul Rahim Summas, 62, adalah antara lima nalayan Malaysia yang ditahan lelaki bersenjata di perairan Lahad Datu sejak 18 Julai lalu.

Empat tebusan lain adalah bapa saudaranya Tayudin Anjut, 45, anak saudaranya Mohd Zumadil Rahim, 23, sepupunya Fandy Bakran, 26, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32.

Rosmiati yang keluarganya berada di Tawau berkata, bapanya mempunyai masalah perubatan.

“Dia mungkin tidak dapat bertahan jika keadaan lebih teruk,” kata suri rumah itu.

Gambar bapanya yang disiarkan akhbar The Star pada Isnin telah dikeluarkan jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami.

Penculik menuntut 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk melepaskan tebusan.

sepupu Rosmiati iaitu Hariyanti Samsih berkahwin dengan Mohd Ridzuan.

Hariyanti, 31, berkata, suaminya menjadi orang tengah untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka.

Penculik, katanya akan membuat panggilan beberapa kali dalam sebulan.

“Panggilan terakhir saya terima daripada suami saya ialah Isnin lepas. Dia meminta saya mendapatkan bantuan.

“Tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Kami miskin,” katanya. – mStar Online

Tags: abu sayyaftebusan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Diguna Pengedar Dadah Untuk Elak Ditangkap

Next Post

Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Anak Kedua

Related Posts

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Tentera Myanmar Didakwa Jadikan Kanak-kanak Tebusan

28/02/2022
0

YANGON: Sekumpulan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Myanmar selama dua hari ketika bertempur dengan...

Next Post

Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Anak Kedua

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd