• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Jadi Mangsa Eksploitasi

oleh
02/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.

Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih 4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh ‘meracuni’ pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi kegemaran mereka itu.

Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering diakses kanak-kanak.

“Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat. Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan sehingga mempraktikannya,” kata beliau.

Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan.

“Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung.

“Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu yang ditampilkan dalam siri animasi itu,” kata bapa kepada dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun itu.

Kak 'Ros' Upin Dan Ipin Jadi Mangsa Eksploitasi

Kak 'Ros' Upin Dan Ipin Jadi Mangsa Eksploitasi

Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong.

Siri animasi itu mengisahkan sepasang kembar berusia lima tahun yang menjalani kehidupan seharian bersama kakak (Kak Ros), nenek dan rakan-rakannya di sebuah kampung.

Dalam pada itu, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Mohd. Zarin Abdul Karim berkata syarikatnya tidak terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.

“Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.

“Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Law Hong Soon berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba merosakkan masyarakat terutamanya kanak-kanak melalui penyebaran bahan pornografi.

Bagaimanapun, katanya polis akan melihat dahulu sama ada kandungan karikatur yang di muat naik ke laman sesawang itu mempunyai unsur negatif terhadap masyarakat sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Mereka yang bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana pihak yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Upin & Ipin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

18/10/2019
0

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32...

Upin & Ipin Menang Filem Cetera Terbaik Di Kanada

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Produk tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila diangkat sebagai pemenang anugerah Filem Cetera Terbaik Festival Filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd