• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jee Menang Persembahan Terbaik Artis ASEAN

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff atau Jee mencipta sejarah peribadi apabila menerima Anugerah Master Class ASEAN 2016 menerusi kategori Persembahan Terbaik Artis.

Anugerah yang diterimanya itu adalah bersempena acara ASEAN Outstanding Business Award 2016 yang diadakan di Genting Highlands, Pahang pada 9 September lalu.

Menurut Jee kepada laman BH Online, setelah tiga dekad menyinari industri seni tanah air, anugerah peringkat serantau itu merupakan pengiktirafan terbesar dalam kerjayanya.

Jee Menang Persembahan Terbaik Artis Di Genting Highlands

Trofi yang dimenangi pada malam itu ditujukan kepada semua insan yang banyak menyokong dan membantunya untuk terus bertapak dalam industri hiburan tanah air.

“Alhamdulillah, saya panjatkan syukur atas penganugerahan ini. Dalam erti kata lain, ia pengiktirafan daripada pihak terbabit terhadap kerjaya seni saya yang berlangsung selama tiga dekad.

“Anugerah ini ditujukan buat arwah bapa yang selama ini banyak membantu saya untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

“Mungkin ramai yang sudah sedia maklum akan kesungguhan arwah bapa untuk memastikan saya berada pada kedudukan sekarang,” jelas Jee ketika dihubungi laman itu.

Jee Menang Persembahan Terbaik Artis Di Genting Highlands

Tambah penyanyi berusia 45 tahun ini, anugerah itu secara tidak langsung menjadi pembakar semangat bagi dirinya untuk terus memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokongnya terutama sekali para peminatnya.

Perkembangan terbaharu Jee, dia baru sahaja keluarkan single terbaru iaitu Takdir Cinta yang menjadi lagu tema bagi drama bersiri Seindah Takdir Cinta yang ditayangkan di salah sebuah rangkaian Media Prima baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fauziah Latiffgenting highland
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LTdL 2019: Genting Beri Kegembiraan Berganda

04/04/2019
0

PUTRAJAYA - Genting Highland tidak hanya akan kembali sebagai laluan dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, malah turut menjadi...

Langgar Kontrak: Disney, Fox Disaman Genting RM4 Bilion

27/11/2018
0

NEW YORK - Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh pemilik kasino...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd