• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Ke Separuh Akhir Tewaskan South China FC Agregat 3-2

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Juara bertahan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim mara ke separuh akhir selepas mengalahkan South China FC 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, malam tadi.

Pasukan kendalian Mario Gomez itu menang dengan agregat 3-2 selepas perlawanan suku akhir pertama menentang kelab itu yang menyaksikan mereka seri 1-1 di Stadium Mongkok, Hong Kong, pada 13 September lalu.

Skuad Harimau Selatan itu memperolehi gol pertama lewat perlawanan pada minit ke-57, hasil jaringan Juan Martin Lucero yang menyempurnakan tendangan Azammuddin Akil dari pintu kanan gawang.

Gol kedua disumbangkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-87 yang menanduk masuk ke pintu gol hasil tendangan sudut Safiq Rahim.

Sebelum itu, skuad Harimau Selatan berputih mata apabila tendangan penalti oleh kapten pasukan JDT itu pada minit ke-50 yang berjaya ditampan penjaga gol pasukan pelawat, Tsang Man Fai.

Tuan rumah memperolehi peluang berkenaan apabila Diaz dikasari Tsang di kotak penalti pada minit ke-49.

Meskipun kelab Hong Kong yang dibimbing oleh Jose Ricardo Rambo itu sering melakukan serangan, ia tidak dapat membolosi kubu pertahanan JDT yang setakat ini memegang rekod 21 perlawanan tanpa kalah di kubu sendiri.

Terdahulu, separuh masa pertama banyak menyaksikan pasukan pelawat menjaga kemas benteng pertahanan mereka sehinggakan beberapa peluang tuan rumah berjaya digagalkan.

Pada minit ke-90 keadaan menjadi sedikit kecoh apabila penyerang dari kelab Hong Kong itu, Chan Wai Ho menendang tepat ke arah tempat duduk pemain simpanan dan jurulatih JDT menyebabkan mereka sedikit berang.

Gol tunggal South China AA pula dijaringkan oleh Nikola Komazec pada saat-saat akhir lima minit masa kecederaan pada separuh masa kedua perlawanan.

Skuad yang mencipta hatrik muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut, bakal berdepan dengan sama ada Tampines Rovers atau Bengaluru FC yang akan bertemu di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam esok.

Buat masa ini, Bengaluru FC mempunyai kelebihan jaringan dengan 1-0. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Maut Jatuh Bangunan, Masuk Rumah Melalui Tingkap

Next Post

Beg Kucing, Sanggupkah Anda Pakai?

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Beg Kucing, Sanggupkah Anda Pakai?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd