• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Akhir Haron Din Lawan Badai Jahat Musuh PAS

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jasa terakhir Allahyarham Datuk Haron Din adalah keberanian dan ketenangannya menerjang badai jahat yang melanda PAS dari dalam dan luar,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kata beliau. jika tidak kerana ketenangan yang hebat daripada Mursyidul Am PAS itu, pasti parti berkenaan goncang dan sukar menghadapi kekalutan dan keributan dengan keyakinan dan istiqamah.

“Jika saya ditanya, apa yang paling istimewa saya perolehi saat berguru dan bersimpuh di sisi susuk gagah Allahyarham  saya akan menjawab pada senyumnya, tenangnya, yakinnya dan harapannya yang hebat buat diri saya dan kami anak muda. Itulah hikmat kehidupan yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

PAS sejak disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) `diserang’ hebat oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Pelbagai tohmahan dilemparkan ke atas parti itu termasuk mengancam untuk menumbangkan PAS terlebih dahulu jika menjalin kerjasama dengan parti Melayu UMNO.

DAP dan PKR menyingkirkan PAS kerana keengganan parti itu tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang.

Provokasi Pakatan Harapan ke atas kepimpinan ulama PAS bertambah parah apabila seorang pemimpin DAP bertindak mempersendakan kematian Allahyarham Haron Din di media sosial baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr Haron DinNik Mohamad Abduh Nik Abdul AzizPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd