• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Virus Zika Tempatan Pertama Dikesan Di Malaysia

oleh
03/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 61 tahun di Sabah merupakan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama dikesan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata keputusan ujian yang dilakukan makmal kesihatan awam menunjukkan bahawa sampel darah dan air kencing lelaki itu didapati positif jangkitan Zika.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata lelaki berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas itu mula mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos lalu.

“Pada 31 Ogos pesakit mengalami demam yang semakin teruk, sakit otot serta diarea dan seterusnya menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2, Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau menjelaskan keadaan kesihatan pesakit yang agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE 2 kemungkinan bukan disebabkan jangkitan Zika tetapi beberapa penyakit lain yang dihidapinya.

“Kementerian sedang menyiasat selanjutnya sejarah perjalanan pesakit dalam tempoh kebelakangan ini. Adalah didapati bahawa besar kemungkinan jangkitan Zika ini berpunca daripada jangkitan tempatan,” katanya.

Beliau berkata ini memandangkan pesakit tidak pernah ke luar negara dalam tempoh kebelakangan ini dan kemungkinan digigit oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika.

Noor Hisham berkata kementerian telah memulakan aktiviti kawalan vektor di kawasan perumahan pesakit dan tempat-tempat lain yang pernah dilawatinya.

“Aktiviti kawalan yang dijalankan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, ‘larvaciding’ (penggunaan ubat Abate) dan pengkabutan. Selain itu, semua kenalan rapat kepada pesakit akan diperiksa sama ada mereka mempunyai demam atau gejala Zika yang lain.

“Maklumat terkini yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Singapura, menunjukkan pada keseluruhanya terdapat 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti virus Zika di negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 10 daripadanya menetap dan bekerja di Singapura manakala seorang lagi bekerja di Singapura tetapi menetap di Johor.

Pada Khamis, kementerian mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus Zika selepas seminggu pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: virus zikaZika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd