• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Maruah Negara Dan Nama Baik UMNO

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“NAK jadi pemimpin kena berjiwa besar,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Kena konsisten dalam perjuangan dan paling penting sentiasa mendengar denyut nadi dan suara resah gelisah masyarakat,” pesan PM lagi.

Walaupun pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada PM, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim masih menyimpan pesona serta iktibar terhadap pesan PM.

Ini berlaku ketika Irnohizam berada bersebelahan PM menikmati jamuan makan malam ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Laos baru-baru ini.

“Kami duduk bersebelahan. PM berpesan panjang lebar dan terperinci. Sesuatu yang cepat melekat pada fikiran saya,” kata Irmohizam yang menyertai delegasi negara.

Kata Irmohizam, walaupun jauh di perantauan dan menghadiri sidang serantau, PM ternyata menjadikan sesi makan malam itu sebagai detik penting untuk memberikan nasihat kepada pemimpin muda.

Irmohizam meninggalkan jawatan di Pejabat Perdana Menteri setelah memenangi kerusi perlimen Kuasa Selangor pada PRU ke-13 lalu.

Selain bertanggungjawab di Dewan Rakyat, Irmohizam ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Majlis Belia Selangor.

Jaga Maruah Negara Dan Nama Baik UMNO

“Ingat…,” kata PM: “Sentiasa kena berusaha menjaga dan menaikkan maruah UMNO. Nama baik Malaysia perlu terjulang selalu. Ini tugas kita semua.”

Walaupun hadir di Laos menyertai sidang ASEAN, peringatan PM mengenai soal negara dan parti menjadi kenangan penting kepada Irmohizam.

“Ini bukan peringatan klise. Ini peringatan yang realistik kerana UMNO dan negara kini berdepan rencam dugaan yang kompleks,” jelas Irmohizam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Irmohizam Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Turun Padang Santuni Rakyat Kuala Selangor

03/05/2018
0

MESRA... Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan kerja di daerah Kuala Selangor hari ini dengan bersarapan bersama masyarakat setempat di...

3 Bandar Dipilih Sebagai Bandar Perikanan – LKIM

31/03/2018
0

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga bandar pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan bandar perikanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd