• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IWK Anjur Derma Darah Sempena Hari Malaysia

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dengan kerjasama Pusat Darah Negara menganjurkan kempen derma darah hari ini sempena sambutan Hari Malaysia 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd. Din berkata kempen sehari itu menyasarkan 100 penderma darah yang terdiri daripada kakitangan IWK, warga korporat dari pejabat-pejabat berhampiran dan orang ramai, berbanding 65 penderma pada tahun lepas.

“Kempen derma darah hari ini merupakan kali kedua dilaksanakan sejak tahun lepas. Pihak kami (IWK) merancang menjadikan kempen ini sebagai acara tahunan untuk melunaskan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

“Selain itu, kempen derma darah ini juga merupakan platform untuk orang ramai mengenali IWK dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui Bernama pada program berkenaan di ibu pejabat IWK, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang kakitangan IWK, Harun Kassim, 50, berkata beliau terdorong untuk menderma darah kerana ingin menjaga kesihatannya selain menolong mereka yang memerlukan.

Harun berkata ini merupakan kali ketujuh beliau menderma darah sejak 1997.

“Pada mulanya saya menderma darah hanya untuk suka-suka. Namun saya rasa badan menjadi lebih sihat dan ringan setiap kali selepas menderma darah sebab itu saya menderma darah dengan kerap,” katanya. – BERNAMA

Tags: derma darahIWK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan bagi kategori domestik diselaraskan sejak Oktober lalu,...

Kerajaan Jamin Pengebilan Bersepadu Tidak Naikkan Tarif IWK

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi jaminan pengebilan bersepadu air dan pembetungan Indah Water Konsortium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd