• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bateri Galaxy Note 7 Bawa ‘Rahmat’ Buat iPhone 7

oleh AK-47
04/09/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA pelancaran model iPhone 7 yang bakal berlangsung 7 September ini oleh syarikat gergasi ‘buah’, Apple Inc benar-benar tepat pada masanya.

Ianya susulan Samsung yang secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan besar berhubung masalah bateri pada keluaran terbaharu Galaxy Note 7 yang dilaporkan meletup ketika dicas.

Biarpun bukan sesuatu yang disengajakan, isu yang dihadapi Samsung itu disebut-sebut oleh pelbagai pihak sebagai satu ‘rahmat’ buat Apple.

@Apple must be loving the @samsung Galaxy 7 recall disaster. Perfect timing! #PerfectTiming https://t.co/JHHXIkB1tf

— Free Thinking Org (@FreeThinkingOrg) September 3, 2016

Indeed. My iPhone—which I tried selling for a month—finally sold yesterday
—
Galaxy Note7 debacle is a gift to Apple https://t.co/Jkyj75JQxj

— Dan (@OhMDee) September 3, 2016

Tetapi pada masa yang sama, Apple juga tentunya turut merasakan tekanan dalam memastikan inovasi terbaharu mereka itu tidak akan mengalami masalah dan menepati selera pengguna semasa.

Jika sebelum ini ramai yang berasakan iPhone 7 akan ‘membosankan’ namun dengan kontroversi yang melanda Samsung, ramai pula yang tidak sabar untuk melihat apa bakal ditawarkan iPhone 7.

iphone--- note-7-specs-h1

Pun begitu portal CNBC News yang memetik kenyataan seorang penganalisis aplikasi, Daniel Newman melaporkan, Apple tetap punya isu tersendiri yang perlu diselesaikan jika mahu produk terbaharu mereka itu bersaing dengan Samsung.

“Apa yang penting adalah apa yang ditawarkan telefon berkenaan, bukan jenamanya.

“Sistem operasi Android berjaya menarik perhatian kerana ia mampu memberikan pengguna apa yang diinginkan mereka.

“Jika iPhone 7 yang dijual dengan harga tinggi gagal memuaskan hati pengguna, ia tetap akan mempunyai masalah,” kata Newman, seperti dipetik portal CNBC.

Apple dijangka akan mengadakan satu majlis khas di San Fransisco pada 7 September ini untuk melancarkan siri terbaharu iPhone. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Androidcentral

Tags: appleGalaxy Note 7Iphone 7Samsung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd