• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Mohon Interpol Tangkap Ananda Kes Penipuan Maxis

oleh
23/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Mahkamah khas di India yang membicarakan kes Maxis Communication bakal memutuskan untuk Biro Penyiasatan Pusat (CBI) negara itu mengeluarkan waran tangkap.

Keputusan yang ditetapkan itu bakal melibatkan kebenaran untuk operasi penangkapan terhadap dua suspek rakyat Malaysia, termasuk seorang taikun perniagaan terkenal berusia 78 tahun, Tatparanandam Ananda Krishnan.

Ananda dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro All Asia Network, Augustus Ralph Marshall dikehendaki di India selepas dituduh melakukan penipuan dalam usahasama antara Maxis dengan syarikat tempatan, Aircel Limited.

Bloomberg melaporkan, CBI merancang mendapatkan ‘notis merah’ daripada Interpol terhadap kedua-dua mereka sebaik sahaja mahkamah mengarahkan waran tangkap, menurut pendakwa raya kanan, Anand Grover.

Minggu lalu, sebuah mahkamah khas di sini membuat keputusan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes komersial melibatkan Aircel-Maxis, sekali gus menolak permohonan tertuduh.

Selain Maxis Communications dan Astro All Asia Network, turut dituduh dalam skandal berprofil tinggi berkenaan ialah syarikat penyiaran tempatan iaitu Sun Direct TV dan firma South Asia Entertainment Holding.

Malah turut terlibat dalam kes itu ialah bekas menteri komunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya, Kalanithi Maran, yang mencabar bidang kuasa mahkamah khas itu daripada mendengar kes 2G.

Maran dituduh memberi tekanan kepada ahli perniagaan Chennai, C Sivasankaran menjual kepentingannya dalam Aircel kepada Maxis pada 2006. Ini bagi membolehkan Maxis melabur dalam Sun Direct, milik Maran sendiri.

Pada Mei lalu, pihak berkuasa India mengeluarkan dua saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), iaitu untuk melakukan proses penyiasatan terperinci terhadap Ananda dan Augustus.

Kedua-dua saman berkenaan kemudian telah dihantar oleh pihak mahkamah khas India kepada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan susulan.

Grover namun memberitahu mahkamah, Peguan Negara Malaysia mengemukakan pelbagai soalan berkenaan cara kes jenayah ditangani di India, sebelum membuat keputusan tidak ada elemen jenayah dalam kes tersebut.

“Bagaimana kami pula boleh pastikan mereka dibicarakan di India? Mahkamah India mesti mengeluarkan waran terlebih dahulu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ananda krishnanMaxis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40,000 Pelanggan Daftar Pelan Jalur Lebar Fiber Maxis

11/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd. sehingga hari ini telah menerima lebih daripada 40,000 pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik...

Maxis Perkenal Pengalaman Tanpa Risau ‘Zerolution360’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution360’ yang menawarkan pelanggan pengalaman tanpa risau untuk semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd