• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imbasan Suhu Badan Dilaksana Di LTSAS, Cegah Zika

oleh
02/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak mula melakukan imbasan suhu badan ke atas penumpang yang tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini sebagai langkah mencegah penularan virus Zika.

Pengarahnya Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata imbasan suhu badan dibuat sejak semalam dan pelaksanaannya akan dikaji semula akhir bulan ini.

“Setiap hari terdapat tiga kakitangan yang bertugas, selain mengambil suhu badan, mereka juga akan mengedarkan risalah yang mengandungi maklumat mengenai Zika termasuk langkah pencegahan.

“Kita akan teruskan langkah ini mungkin sehingga hujung bulan dan selepas itu akan nilai semula memandangkan Hari Raya Haji semakin hampir, mesti ramai yang akan datang (balik kampung) di Ipoh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Setiap hari terdapat penerbangan dari Singapura mendarat di LTSAS yang dikendalikan oleh syarikat Firefly dan Tigerair.

Setakat semalam, 115 kes Zika direkodkan di Singapura, sementara Malaysia mencatatkan kes pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari republik itu pada 21 Ogos lepas.

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Malaysia Airport Sdn. Bhd. LTSAS, Mohd Ali Osman berkata pihaknya akan sentiasa membantu Jabatan Kesihatan dari segi prosedur untuk mengekang penularan Zika.

Ditanya mengenai persediaan kakitangan lapangan terbang untuk mengelak jangkitan, Mohd Ali berkata tiada langkah spesifik diambil seperti pemakaian penutup hidung dan mulut memandangkan Zika tidak berjangkit melalui udara.

Mengenai jumlah penumpang sama ada pergi atau balik dari Singapura, Mohd Ali berkata: “Penumpang masih biasa, mencapai 80 peratus penuh dalam setiap penerbangan.” – BERNAMA

Tags: LTSASvirus zikaZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maqis Rampas Daging Babi, Buaya Di LTSAS

29/10/2019
0

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas barangan keluaran pertanian seperti daging babi, daging buaya dan...

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd