• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Tidak Perlu Kecewa Dengan Anak Istimewa

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Ibu bapa yang dianugerahi anak istimewa tidak perlu kecewa dengan kekurangan yang dimiliki anak mereka kerana dengan pendidikan yang baik, mereka juga boleh berjaya seperti insan normal yang lain.

Anggota Parlimen Setiu, Che Mohammad Zulkifly Jusoh berkata kanak-kanak yang menghadapi penyakit sindrom down, hiperaktif, masalah lembam, pendengaran dan penglihatan boleh mengikuti program pendidikan khas yang disediakan Kementerian Pendidikan.

“Kita boleh ambil contoh kejayaan pengidap autisme Bill Gates dari Amerika Syarikat yang merupakan seorang kanak-kanak istimewa tetapi boleh muncul sebagai jutawan terkenal dunia kerana mencipta perisian program Microsoft.

“Pemilik rangkaian Pasar Mini 99SpeedMart di Malaysia Lee Thiam Wah yang walaupun lumpuh kaki sejak kecil, berjaya memiliki 200 cawangan di seluruh negara.

“Ini membuktikan orang kurang upaya dan kanak-kanak istimewa boleh menjadi manusia hebat jika diberi pendidikan yang betul sejak kecil lagi,” katanya ketika menutup Mini Karnival Pendidikan Khas 2016 sekolah-sekolah daerah Besut di SMK Tok Dor di sini, semalam.

Karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Besut itu diadakan selama dua hari membabitkan lebih 150 pelajar khas dari 30 sekolah menengah dan rendah yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti pertandingan bakat, memasak, mewarna dan melukis poster, futsal dan petanque. – BERNAMA

Tags: anakibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelbagai Isu Jadi Tumpuan Rundingan Tahunan M-sia-Thai

Next Post

21 Kawasan Hulu Langat Terjejas Bekalan Air

Related Posts

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

19/03/2025
0

SEREMBAN - Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan...

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

23/01/2025
0

TELUK INTAN: Seorang pekebun ditahan di Changkat Jong di sini, semalam, kerana disyaki merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu.IKUTI...

Next Post

21 Kawasan Hulu Langat Terjejas Bekalan Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd