• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Sebar Maklumat Tidak Benar – Ahmad Bashah

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak-pihak tertentu berhenti menyebarkan maklumat tidak benar mengenai tahap kesihatannya di laman sosial.

Beliau mengakui memang ada ke hospital bagi menjalani pemeriksaan susulan selepas menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lalu akibat komplikasi usus, namun keadaan kesihatannya semakin baik.

“Tahap kesihatan saya baik dan apa yang diviralkan di laman sosial tidak benar kerana selepas menjalani pembedahan, mana ada saya pengsan seperti yang diuar-uarkan.

“Saya boleh terima maklumat tidak benar mengenai diri saya ini tetapi ia mungkin tidak boleh diterima oleh keluarga saya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mengiringi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke ibu negara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata beliau telah kembali bertugas pada 3 Julai lalu dan menjalani rutin harian seperti biasa.

“Saya boleh menjalankan urusan kerja dan rutin harian seperti biasa cuma sekarang pergerakan masih terbatas sedikit kerana baru empat bulan sembuh selepas menjalani pembedahan. Doktor beritahu sekurang-kurangnya akan mengambil masa enam bulan untuk sembuh sepenuhnya,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai perlu memberi fokus untuk melihat dan menyebarkan kejayaan pembangunan di Kedah. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahlaman sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Nepal Maut Ditimpa Pokok Kelapa Sawit

Next Post

Pekerja Kilang Alami Radang Paru-Paru Akibat Kebocoran Gas Klorin

Related Posts

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

23/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang...

Padah Belasah Orang Tanpa Usul Periksa

08/11/2019
0

PAPAR - Dua lelaki ditahan susulan rakaman video memaparkan tindakan mereka membelasah seorang lelaki yang tular di laman sosial sejak...

Next Post

Pekerja Kilang Alami Radang Paru-Paru Akibat Kebocoran Gas Klorin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd