• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Street View Kabur Wajah Lembu Demi Aib Haiwan

oleh
20/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seekor lembu yang wajahnya dikaburkan oleh pihak pentadbir Google Street View menjadi bahan perdebatan hangat ramai netizen menerusi media sosial di seluruh Britain.

Imej haiwan ternakan itu diabadikan oleh kamera Google ketika berada di Coe Fen, Cambridge, England dan seperti halnya dengan hak asasi manusia, pengaburan wajah turut dilakukan atas alasan privasi binatang tersebut.

David Shariatmadari dari akhbar terkenal The Guardian, yang mula mengulas pemandangan aneh imej berkenaan menerusi akaun Twitter-nya dan ia sudah disebar lebih daripada 9,000 kali oleh pengguna laman sosial.

Sementara itu, pihak Google ketika mengulas isu kontroversi tersebut mengakui mereka sebenarnya ‘terlalu teruja’ dengan teknologi pengaburan wajah berkenaan selain mengelak tindakan undang-undang oleh pemilik lembu.

Wajah haiwan tersebut pada awalnya dapat dilihat dengan jelas sedang leka meragut rumput berdekatan dengan tebing Sungai Cam dalam foto yang diambil pada jarak sedikit lebih jauh dari kereta Google Street View.

Google Street View Kabur Wajah Lembu Demi Aib Haiwan

Namun pihak Google kemudian memilih untuk mengaburkan langsung wajah lembu berkenaan ketika diabadikan dalam jarak fokus yang lebih dekat oleh pengguna demi menjaga maruah dan aib kehormatan haiwan tersebut.

Ciri-ciri Google Street View yang dilancarkan sejak 2007 mendapat liputan luas media seluruh dunia kerana memudahkan pengguna mengenal pasti kawasan berbanding kaedah tradisional menerusi peta jalan sahaja.

Kamera canggih 360 darjah Google lazim dipasang di atas kereta atau beg sandang dipakai individu yang akan bergerak untuk memetakan jalan-jalan di seluruh dunia waima termasuk kawasan pergunungan yang sukar.

Untuk membantu masalah privasi, peranti gajet digunakan secara automatik mengaburkan wajah manusia. Shariatmadari kemudian melihat situasi itu turut digunakan ke atas lembu dan menyiarkan menerusi Twitter.

Google Street View Kabur Wajah Lembu Demi Aib Haiwan

“Hebat sungguh melihat Google memperlakukan hak privasi seekor lembu dengan serius,” kicau beliau melalui Twitter sebelum dibalas pula oleh seorang pengguna dengan mengicau: “Seekor lembu yang berwajah lucu.”

“Google agaknya tengah uji cuba,” kata pengguna lainnya. Setakat ini, kicauan Twitter yang memuat naik wajah kabur lembu tersebut mendapat tanggapan tanda like lebih daripada 12,000 kali dari netizen seluruh dunia.

“Kami fikir anda mungkin mahu menarik seekor lembu ketika kami meninjau kawanan lembu, tetapi jelas bahawa teknologi pengaburan wajah yang dimiliki Google terlalu canggih merakam gambar,” ujar jurucakap Google.

“Tentu sahaja, kami tidak berasa cemburu langsung pada ketampanan wajah lembu ini,” tambah mereka lagi sambil menafikan langkah pengaburan imej itu sebagai agak keterlaluan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: googleStreet View
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bina Sekolah Dalam Gua Untuk Didik Generasi Muda

Next Post

19 Penumpang Nyaris Maut Bas Jatuh Ke Lereng Bukit

Related Posts

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

06/05/2024
0

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri...

Next Post

19 Penumpang Nyaris Maut Bas Jatuh Ke Lereng Bukit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd