• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Sabtu

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 September).

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.

“Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.

“Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan,” menurut Angkasa dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini adalah pada 23 Mac lepas.

Menurut Angkasa, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

“Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan teleskop,” menurut agensi itu.

Menurut Angkasa, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini. – mStar Online

Tags: Angkasagerhana bulan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

IMR Buat Ujian Strain Zika Yang Menjangkiti Dua Beradik

Next Post

Pedofilia Boleh Pulih Atas Kesedaran, Kemahuan Sendiri

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

Next Post

Pedofilia Boleh Pulih Atas Kesedaran, Kemahuan Sendiri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd