• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Minta Pihak Berkuasa Dakwa Penganjur Bersih 5

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia (Gerhana) meminta pihak berkuasa mendakwa penganjur kumpulan Bersih 5 supaya tidak menganjurkan lagi sebarang perhimpunan seumpamanya selepas ini.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara bertegas dan mendakwa penganjur perhimpunan Bersih 5 dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk kumpulan Baju Merah yang cuba menimbulkan provokasi bagi mengadakan perhimpunan.

“Jika perhimpunan berlaku ia boleh menimbulkan kekacauan dan mencetuskan huru-hara yang sukar dikawal dalam negara. Ini boleh merosakkan sistem demokrasi dan pentadbiran kerajaan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mewakili gabungan 10 NGO lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Jelasnya, dalam masa terdekat pihaknya akan menghantar memorandum kepada KDN supaya mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 5 atau mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang negara.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah memberitahu sidang media mengenai rancangan pihaknya untuk mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan itu yang dijadual diadakan pada November nanti. – BERNAMA

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd