• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Bina 1,183 Unit Rumah Bantu Generasi Muda

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Felcra Berhad (Felcra) akan membina 1,183 unit rumah untuk generasi kedua pesertanya di sembilan kawasan di seluruh negara dalam tempoh dua tahun mulai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkarnain Md Eusope berkata pihaknya telah mengenal pasti sembilan kawasan untuk dijadikan penempatan baharu bagi anak-anak peserta memiliki kediaman sendiri.

“Kita telah memulakan pembinaan sebanyak 350 unit rumah bagi fasa pertama di Seberang Perak di sini, manakala 150 unit rumah bagi fasa pertama di Sri Makmur, Pahang telah siap dibina.

“Fasa kedua bagi pembinaan rumah di kedua-dua kawasan itu masih dalam proses dan ia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah generasi kedua peserta Felcra Seberang Perak di sini, hari ini bersempena Konvoi Kembara Media 50 Tahun Felcra.

Konvoi itu membabitkan seramai 200 peserta termasuk pengamal media menaiki 50 buah kereta menjelajah beberapa kawasan Felcra iaitu di Lekir, Sitiawan dan Seberang Perak selama dua hari yang berakhir hari ini.

Zulkarnain berkata satu lagi kawasan yang telah dikenal pasti bagi pembinaan 150 unit rumah untuk generasi kedua Felcra iaitu di Tembangau, Bera di Pahang.

“Felcra masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan dan pembinaan rumah itu dijangka bermula awal tahun depan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan geran infrastruktur kepada Felcra untuk melaksanakan pembinaan rumah generasi kedua bermula 2014.

“Pembinaan rumah generasi kedua ini memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 anak-anak peserta Felcra dan 10,000 isi rumah di seluruh negara untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Felcra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penolakan Saman 1MDB: Salleh Bidas Media Barat

Next Post

Kemungkinan Gajah Ditembak Untuk Ambil Anaknya Disiasat

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

16/02/2023
0

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada...

Next Post

Kemungkinan Gajah Ditembak Untuk Ambil Anaknya Disiasat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd