• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enot Terpaksa Niaga Di IG, Akui Tiada Tawaran Berlakon

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, sudah jarang kita lihat pelakon dan pelawak Enot muncul dalam kaca televisyen mahupun mana-mana majlis hiburan.

Mengulas hal itu, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon hinggakan dia terpaksa menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Tindakan itu dilakukan Enot selaku ibu tunggal yang perlu mencari rezeki demi menyara dua cahaya matanya Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.

Menurutnya, tawaran berlakonnya semakin berkurang sejak 2013.

“Kali terakhir saya berlakon adalah untuk sebuah drama mengenai pembantu rumah, sebelum Ramadan lalu. Selepas itu, tiada lagi tawaran diterima.

“Jadi, saya kena teruskan hidup, membesarkan dua anak dengan mencari apa-apa rezeki termampu. Kalau tidak diusahakan sendiri, siapa lagi yang hendak tolong, bukan? Saya sendiri kena kuat.

“Jadi, memang sekarang saya berniaga serba-sedikit dan semuanya akan dipromosikan di Instagram,” katanya yang menggunakan kemahiran memasaknya untuk mencari rezeki.

Antara yang diniaga Enot khususnya musim perayaan adalah rendang dan ketupas palas.

Dalam pada itu, Enot akui masih sayangkan dunia lakonan dan sudah lama tidak ditemubual media.

“Saya juga sudah lama tidak ditemubual oleh media. Tidak mengapalah, saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing, jadi saya kena berusaha selagi boleh demi diri sendiri dan anak,” katanya.

Enot sudah empat tahun bergelar janda setelah berpisah dengan suaminya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Enot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teringin Ganding Dengan Zul, Enot Tunggu Tawaran Lakon

07/11/2017
0

SETIAP selebriti yang pernah bergelar pelakon pasti mempunyai impian yang ingin mereka kecapi selama membabitkan diri dalam dunia hiburan. Bagi...

Enot: Berat Turun Bukan Sebab Sakit Misteri

17/08/2017
0

BARU-BARU ini timbul desas-desus mengatakan teraju watak utama dalam drama Enot, Aliza Abdullah kononnya sedang mengalami penyakit misteri. Hal itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd