• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DPPM Desak Jeff Ooi Buat Permohonan Maaf Terbuka

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun memohon maaf secara terbuka kepada keluarga allahyarham kerana mempersendakan kematian Mursyidul Am PAS itu di laman sosial.

Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan Jeff Ooi sebagai seorang Ahli Parlimen yang kurang ajar kerana sanggup membuat kenyataan seperti itu pada masa yang tidak sesuai.

DPPM Desak Jeff Ooi Buat Permohonan Maaf Terbuka
Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Kenyataan yang dibuatnya menerusi laman Twitternya sangat berat untuk diterima umat Islam dan rakyat Malaysia.

“Kami kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Jelutong yang mengeluarkan kata-kata tidak layak sama sekali kepada allahyarham.

“Kata-kata yang dikeluarkan itu boleh mencetuskan suasana kebencian dan tidak tenteram dalam masyarakat negara kita,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, tadi.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua DPPM ialah Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari dan Penolong Setiausaha, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Jeff Ooi semalam memuat naik kenyataan berbunyi ‘Adios Haron Din. Let there be peace’ menerusi akaun Twitter peribadinya sebagai ucapan takziah atas pemergian Mursyidul Am PAS itu.

Sehubungan itu, DPPM menggesa pihak polis untuk menyiasat kenyataan Jeff Ooi itu meskipun terdapat dakwaan daripada Ahli Parlimen Jelutong itu menyatakan akaun Twitternya digodam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr Haron DinDPPMJeff Ooi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abu Hassan Din Dilarang Ceramah Agama Di Johor

02/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk menyampaikan sebarang ceramah agama di seluruh Johor...

Kit Siang Sepakat Campur Tangan Asing?

07/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS tidak menolak kemungkinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepakat untuk melihat campur tangan kuasa asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd