• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikurung Dalam Keranda, Hanya Keluar Untuk Dirogol

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA bernama Colleen Stan ini sebenarnya baru berusia 20 tahun ketika dia diculik dan dijadikan hamba seks sejak 1977 hingga 1984.

Lebih tragis sepanjang tempoh itu Colleen telah disimpan di dalam keranda kayu dan hanya dibenarkan keluar dari keranda itu ketika dirogol atau disiksa.

Tragedi yang menimpanya itu berlaku ketika Colleen berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya apabila dia dihampiri sepasang suami isteri bersama seorang bayi.

Cameron dan isterinya, Janice Hooker telah menawarkan untuk menumpangkan Colleen pulang.

Dikurung Dalam Keranda, Hanya Keluar Untuk Dirogol

Disebabkan pasangan itu membawa anak kecil maka Colleen menyangka mereka orang yang baik tetapi rupa-rupanya ia adalah tragedi hitam dalam hidupnya.

Selepas sejam perjalanan itu, Cameron telah membelok ke jalan yang sunyi dan mengugut Colleen dengan pisau, mengikat tangannya dan memasukkannya ke dalam kotak kayu.

Dia kemudiannya dibawa ke rumah pasangan itu di Red Bluff, California, dan dipaksa hidup di dalam keranda kayu berkenaan yang ditempatkan di bawah katil mereka.

“Saya belajar membayangkan saya pergi ke tempat lain, melalui minda saya,” katanya yang berjaya melarikan diri dengan bantuan Janice pada 1984. Janice kemudiannya memberikan keterangan terhadap suaminya di mahkamah.

Cameron dipenjarakan selama 104 tahun. Kisah malang itu telah difilemkan dengan tajuk Girl in the Box dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada Sabtu ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gadiskes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd