• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dialog Antara Agama Hapus Ruang Kecurigaan

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Ruang-ruang kecurigaan dan tidak puas hati di kalangan penganut pelbagai agama di negara ini perlu dihapuskan melalui penganjuran pelbagai program seperti dialog antara agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun keharmonian antara agama telah lama dicapai, namun setiap agama di negara ini seolah-olah masih berada dalam kerangka masing-masing.

Setiap perbincangan agama dilihat terlalu peribadi dan hanya untuk dikongsikan kepada penganut agama tersebut, katanya.

“Kita berbicara pada kelompok dan khalayak masing-masing, kita belum pernah sanggup duduk semeja bincang secara terbuka; bukan soal untuk kita cross (melintas) kepada agama dan salahkan agama masing-masing..,” katanya.

Beliau berucap menutup Program Dialog Antara Agama bertemakan ‘Memelihara Sensitiviti Agama Asas Perpaduan dan Keharmonian Negara’ di Universiti Utara Malaysia hari ini.

Jamil berkata bunga-bunga perbalahan yang wujud ketika ini perlu ditahan pertumbuhannya bermula sekarang bagi mengelakkan ia menjadi ejen merosakkan perpaduan negara.

Jelasnya, ini kerana era zaman teknologi sekarang menyaksikan lambakan aplikasi media baharu memberikan cabaran hebat dan dikhuatiri mampu menggugat hubungan antara agama.

Dalam majlis itu juga, UUM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) diwakili Ketua Pengarah YaPIEM Datuk Abibullah Samsudin menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha menjana pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Ini bagi memenuhi agenda penubuhan YaPEIM dalam meningkatkan sosio ekonomi komuniti luar, membasmi kemiskinan dan memperkasa pembangunan gender khususnya wanita dan pembinaan kapasiti golongan belia. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd