• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dialek Inggeris Zahid Pada Bahas Umum PBB Bukan Isu

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesej disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perbahasan Umum Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini dinyatakan oleh wakil masing-masing yang mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada timbalan perdana menteri atas kenyataan itu selepas beliau menyampaikannya.

“Adalah malang bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah mengkritik dan memilih untuk menonjolkan cara penyampaian ucapan oleh timbalan perdana menteri daripada fokus dan mencerna mesej penting yang beliau sampaikan pada Perbahasan Umum PBB,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anifah berkata PBB mempunyai keanggotaan yang pelbagai dan sering kali, pemimpin-pemimpin menyampaikan kenyataan mereka dengan loghat bahasa masing-masing.

“Apa yang penting adalah mesej yang disampaikan mereka difahami dan pandangan mereka diutarakan kepada anggota-anggota PBB,” katanya.

Ahmad Zahid mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi-71, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), dengan beliau menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Perbahasan Umum pada 24 Sept.

Anifah juga berkata timbalan perdana menteri, antara lain, telah menyampaikan mesej dengan jelas bahawa Malaysia komited terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari yang terkandung di dalamnya.

“Beliau juga telah memberi penjelasan panjang lebar tentang pendirian Malaysia mengenai perubahan iklim, keganasan dan persoalan Palestin dan isu penempatan semula pelarian dan migran ke negara-negara ketiga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd