• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk 12 Cucu Jadi Duta Madu Kelulut

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai ‘super food’ Malaysia yang pertama.

“Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand.

“Standard yang digariskan Mardi juga akan membantu pengguna membezakan madu yang asli dan tidak asli,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu.

Ahmad Shabery berkata bagi mempromosikan khasiat dan kebaikan madu kelulut di seluruh negara, program Kelulut Walk akan bermula pada Hari Sukan Negara iaitu 8 Oktober depan.

Dalam program Kelulut Walk, seorang pengguna madu kelulut Sabri Ali, 55 akan menjadi duta kelulut dengan berjalan sejauh 2,000 km merentasi 14 negeri selama 50 hari sebagai testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan.

Jelas Ahmad Shabery, Sabri yang juga seorang juruteknik bukan sahaja menggunakan madu kelulut sebagai makanan tetapi merawat kakinya yang melecet atau sebarang luka dengan menyapu madu kelulut.

Sepanjang program Kelulut Walk berlangsung, orang ramai boleh turut sama berjalan dengan Sabri sama ada untuk jarak 10km, 5km atau 1 km, katanya lagi.

Sabri yang mempunyai 12 cucu ketika ditemui pemberita berkata sejak mengamalkan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan, tahap kesihatan dan kecergasannya meningkat dan beliau tidak perlu terlalu menjaga atau berpantang makan.

Kelulut Walk 2016 dianjurkan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Disember di Serdang. – BERNAMA

Tags: dutamadu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

02/04/2024
0

Kempen boikot yang berterusan terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan Amerika Syarikat di Malaysia akhirnya akan memberi kesan dan menjejaskan pekerja...

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

01/04/2024
0

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd