• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Perumahan Negara Akan Dikaji Semula

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji semula bagi menimbang campur tangan kerajaan untuk mengawal harga rumah di negara ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Kabinet telah mengarahkan dasar ini untuk dikaji semula. Di peringkat kementerian, kita mula memanggil Majlis Profesor Negara sebagai pakar rujuk untuk mengkaji semula dasar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini hari ini.

Noh berkata menerusi Dasar Perumahan Negara ketika ini, kerajaan hanya mempunyai kuasa mengawal harga rumah kos rendah yang berharga tidak lebih daripada RM42,000 serta berkeluasan 60.3 meter persegi (650 kaki persegi).

“Melihat kepada dasar yang ada sekarang ini, harga rumah selain daripada kos rendah ditentukan mengikut pasaran bebas,” katanya.

Justeru, katanya, pihaknya akan meneliti sama ada kerajaan boleh mengawal harga rumah di negara ini bagi membolehkan semua rakyat memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka.

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang membidas Anggota Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilapor menganggap cadangan kementerian memberikan lesen pinjaman kewangan kepada pihak pemaju perumahan untuk membantu golongan pembeli rumah yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman bank dan wang pendahuluan sebagai ‘gila’.

Katanya, Rafizi perlu memahami perkara itu sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat kononnya para pembeli akan menanggung kadar faedah di antara 12 hingga 18 peratus jika ia dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd