• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Berkeras Mahu PRN Selangor Elak BN Menang

oleh
21/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIMBANG Pakatan Harapan ‘tumbang’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, DAP mahu Kerajaan Selangor bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat lebih awal.

Malangnya pada Isnin lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sudah tolak cadangan otai DAP, Lim Kit Siang agar Selangor membuat PRN secara mengejut malah tetap bertegas mahu berlangsung serentak dengan PRU ke-14 kelak.

Penolakan oleh pemimpin PKR itu sekali gus menyangkal dakwaan liar DAP konon proses persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menguntungkan pula Barisan Nasional (BN).

DAP nampaknya tidak mahu ‘telan’ bulat-bulat keputusan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR itu. Selasa malam, DAP Selangor mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan cadangan PRN itu.

Mesyuarat sebulat suara mendokong cadangan PRN mengejut itu sebelum tempoh bantahan persempadanan semula SPR berakhir, sekali gus menggambarkan panik DAP akan tewas teruk jika DUN tidak dibubar lebih awal.

Dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pada Rabu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua secara terbuka kata adalah ‘bodoh’ jika mengadakan PRN selepas persempadanan semula selesai pertengahan bulan depan.

Dakwanya daripada kajian mereka sendiri, Pakatan Harapan memiliki lebih banyak peluang untuk menang jika PRN mengejut diadakan sekarang yang masih lagi menggunakan daftar pengundi dan kawasan persempadanan lama.

DAP Selangor ujarnya akan menyerahkan cadangan PRN itu untuk keputusan muktamad pucuk pimpinan Pakatan Harapan namun Tony tidak pula menjelaskan kenapa Pulau Pinang dikuasai DAP sendiri tidak berbuat demikian.

Ia sekali lagi mengulangi drama sama ada Kit Siang tidak faham atau buat tidak faham. Bukankah PKR pernah tolak cadangan DAP untuk PRN mengejut di Pulau Pinang selepas anaknya, Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah.

Pada Isnin, otai DAP itu sudah mencadangkan Selangor pula buat PRN mengejut menggunakan alasan konon proses persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR untuk memenangkan BN pada PRU ke-14 nanti.

DAP Berkeras Mahu PRN Selangor Elak BN Menang

Satu dunia tahu PKR seboleh-bolehnya hendak mengelak sebarang PRN secara mengejut baik di Pulau Pinang atau di mana saja buat masa ini kerana ia berkait rapat dengan hubungan jangka hayatnya dengan PAS, musuh DAP.

Bayangkan PKR kena ‘bergasak’ dengan PAS untuk kelangsungan hidupnya sedangkan ia masih ada hubungan rasmi demi kerajaan Selangor. Lagipun PAS ada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor. Itu bukan hal kecil.

Maka tidak hairanlah tanpa banyak dolak dalik Menteri Besar Selangor itu yang juga Timbalan Presiden PKR terus tolak cadangan Kit Siang tanpa menghiraukan kebimbangan DAP berhubung persempadanan semula oleh SPR.

Beliau yang ditemui wartawan pada Isnin tidak lama selepas media menyiarkan cadangan Kit Siang itu terus kata: “Tidak perlu… sebab mandat diberi rakyat Selangor pada 2013 amat besar, dan ia diberi untuk tempoh lima tahun.

“Saya tidak boleh khianat mandat diberi rakyat dalam PRU ke-13 lepas.” Azmin terlupa ketika itu Pakatan Harapan belum wujud dan Kerajaan Selangor dibentuk hasil gabungan rapuh Pakatan Rakyat yang kemudian dibubar DAP.

Ditanya sama ada kerajaan negeri pimpinannya terjejas dengan cadangan persempadanan semula oleh SPR, Azmin dilaporkan sebagai berkata, persoalan cepumas berkenaan adalah bergantung sepenuhnya kepada rakyat.

“Bagi saya ini bukan soal kami akan kekal menang atau mungkin kalah (kepada BN), bagi saya pada akhirnya yang menentukan keputusan PRU adalah rakyat di dalam negeri atau kawasan yang berkenaan.”

Menurut Azmin, pihak kerajaan Selangor buat masa ini mengambil pendekatan untuk meneliti terlebih dahulu segala cadangan persempadanan semula oleh SPR bagi melihat kewajaran langkah berkenaan.

Untuk tujuan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan barisan peguam bagi melihat sama ada cadangan persempadanan semula itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta menjamin hak pengundi.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita ada hak yang sah untuk bantah. Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat PBT dan juga pengundi itu sendiri, mereka ada hak di sisi perlembagaan.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gara-Gara Hina Mahkamah, AG Mohon LGE Dijel

Next Post

Pasangan Suami Isteri Di Johor Bebas Virus Zika

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Next Post

Pasangan Suami Isteri Di Johor Bebas Virus Zika

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd