• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Buddy Bear’ Malaysia Akan Melancong Mengelilingi Dunia

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Buddy Bear terbaharu Malaysia yang dihasilkan oleh seorang artis tempatan dari Pulau Pinang, bakal menyertai 143 ‘Buddy Bear’ dari seluruh dunia melancong mengelilingi dunia.

Kenny Lee Ooi Meng, 47, yang merupakan seorang pereka grafik dari Bukit Mertajam berkata beliau tidak menyangka reka bentuknya telah dipilih dan ia adalah satu penghormatan kerana dapat mewakili Pulau Pinang dan Malaysia dalam pemeran Buddy Bear antarabangsa.

Bekas pelajar Institut Kesenian itu telah memenangi pelbagai anugerah dan hasil kerja beliau dipamerkan di seluruh negara sejak 1989.

“Terima kasih kepada mereka yang telah memilih dan mengundi reka bentuk saya untuk dilukis pada Buddy Bear. Bagi saya, ini adalah salah satu daripada pencapaian terbesar dalam seluruh hidup saya sebagai pereka grafik,” katanya selepas pelancaran dua Buddy Bear di Esplanade di sini hari ini.

Rekaan beliau pada beruang berkenaan mempamerkan aspek masyarakat tempatan yang berbilang kaum termasuk makanan tempatan, warisan, seni bina tradisional dan pengangkutan seperti feri dan beca.

‘The United Buddy Bears’ adalah sebuah pergerakan dari Berlin yang menggalakkan keamanan dan perpaduan melalui arca beruang dan telah berada di Pulau Pinang sehingga 30 Okt dengan harga RM862,000. – BERNAMA

Tags: buddy bearMelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kluster ‘Oversea’ Menjengkelkan, Rindu Geng Tabligh”

09/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang petugas barisan hadapan menyifatkan kluster baharu pesakit jangkitan koronavirus (Covid-19) yang kebanyakannya baru pulang bercuti luar...

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Sudah semestinya melancong ke luar negara adalah perkara paling akhir atau langsung tiada dalam pemikiran anda buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd