• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ratu Cantik Hilang Ditemui Dengan Lelaki Lain

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang juga seorang jutawan Itali pada Julai lalu, akhirnya dikesan berada di New York selepas gambarnya bersama seorang lelaki dimuat naik dalam instagram milik wanita terbabit.

Anna sebelum ini dilaporkan hilang selepas memberitahu suaminya, Gianluca Cervara, bahawa dia ingin mengambil angin di luar rumah mereka di Milan, Itali.

“Jika saya masih di situ, dia akan membunuh saya, jika bukan fizikal, jiwa saya. Saya berhenti daripada menjadi model kerana saya sangka dia akan menghormati saya namun saya hanya anak patungnya,’’ kata Anna.

Anna yang berusia 24 tahun mendakwa suaminya itu bersikap ganas terhadapnya. Suaminya pula kini menyaman Anna kerana tidak menepati kontrak perkahwinan mereka.

Dia yang kini menjadi model di New York mendakwa telah menulis kepada suaminya untuk memaklumkan bahawa dia mahu berpisah dan Gianluca mengetahui ke mana Anna akan berhijrah.

“Dia tahu di mana saya akan pergi. Dia cuba memburukkan nama saya kerana saya meninggalkannya. Kebebasan lebih penting daripada segalanya. Saya berasa aman di New York dan dapat menghirup udara bebas ketika berjalan di ibu kota ini,’’ katanya.

anna, cervara

Anna pernah memperagakan fesyen untuk jenama terkenal seperti Armani, Ralph Lauren dan Tods.

Dia bertemu dengan suaminya pada majlis hari jadi seorang rakan mereka tahun lepas dan kemudian Anna berpindah ke Milan untuk mengembangkan karier.

Dalam pada itu, Gianluca menafikan dakwaan dia mendera Anna dan jelasnya berdasarkan gambar-gambar isterinya di New York, ia menunjukkan wanita itu hidup dalam kegembiraan.

“Dia mempunyai banyak gambar-gambar menarik bersama lelaki lain dan dia langsung tidak kelihatan seperti orang yang sedang sedih.

“Apa yang saya ingin katakan dia bukan seperti yang anda sangkakan,’’ katanya.

Tags: curangratu cantik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Supermum’ Pam Susu Badan Semasa Marathon

Next Post

Enggan Hidang Air, Remaja Ditikam 100 Kali Oleh Kekasih

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

Next Post

Enggan Hidang Air, Remaja Ditikam 100 Kali Oleh Kekasih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd