• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basmi Pembiakan Aedes Langkah Terbaik Tangani Zika

oleh
02/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Langkah membasmi pembiakan nyamuk Aedes merupakan langkah terbaik bagi menangani penularan virus Zika di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Sehubungan itu beliau berkata kementeriannya meletakkan langkah itu untuk diberi perhatian paling utama dalam usaha menghapuskan virus berkenaan dan berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama penuh bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman mereka.

“Kita mesti bersedia hadapi itu (virus Zika) dan tumpuan akan diberikan kementerian paling tinggi kepada membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk ini adalah pembawa (virus Zika).

“Sebab itu kita harap melalui langkah ini boleh kurangkan penularan penyakit ini kepada orang lain. Tiada Aedes tiada Zika,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MIC Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini malam ini.

Malaysia mencatat kes virus Zika pertama apabila seorang wanita berusia 58 disahkan positif virus itu selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lepas.

Dr. Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata langkah saringan penyakit di pintu sempadan tidak akan dapat menyekat 100 peratus kemasukan virus Zika ke negara ini.

Beliau berkata ini kerana simptom jangkitan virus Zika yang sukar dikesan dan kebocoran di pintu sempadan yang berlaku menyebabkan risiko kemasukan virus itu ke negara ini adalah tinggi.

“Kita memang sediakan saringan secara berkesan di pintu masuk seperti lapangan terbang tetapi mereka (dijangkiti Zika) tidak punya tanda seperti demam juga ada kebocoran di pintu sempadan.

“Ini bukan perkara mudah (saringan Zika di sempadan) dan kita kena faham kerana ini risiko virus Zika masuk ke negara ini adalah tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamvirus zikaZika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hina Mufti Perak: NGO Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Next Post

Bapa ADUN P.Pinang Ditahan SPRM Untuk Bantu Siasatan

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

Next Post

Bapa ADUN P.Pinang Ditahan SPRM Untuk Bantu Siasatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd