• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Diri Kerana Nak Raih Populariti Media Sosial

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
31
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN remaja di Rusia sanggup membakar diri sebelum terjun ke dalam sungai gara-gara ingin meraih perhatian menerusi media sosial.

Dua klip video memaparkan aksi gila kumpulan remaja itu dirakam di bandar Penza, barat laut Rusia dan kemudian dimuat naik ke laman sosial.

Menurut portal Daily Mail, video pertama menunjukkan seorang remaja dicucuh dengan bahan mudah terbakar sebelum rakannya menyalakan api.

Apabila badannya mula dimakan api, dia kemudiannya melompat ke dalam sungai untuk memadamkan api tersebut.

Bakar Diri Kerana Nak Raih Populariti Media Sosial

Bakar Diri Kerana Nak Raih Populariti Media Sosial

Manakala rakaman video kedua pula dirakam dari kawasan bawah jambatan yang menunjukkan aksi berani dua remaja lelaki melompat ke dalam sungai dalam keadaan terbakar.

Pun begitu, kedua-dua remaja tersebut dilihat berenang di dalam sungai tanpa mengalami sebarang kecederaan akibat perbuatan maut mereka itu.

Salah seorang daripada remaja tersebut mengakui bahawa dia mahu melakukan aksi bahaya tersebut dengan harapan mendapat banyak ‘like’ dan ditonton oleh ramai orang dalam laman sosial.

“Kami mengambil idea ini daripada seorang penulis blog dan berharap mendapat perhatian ramai orang,” katanya.

Namun aksi mereka itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan seorang daripada remaja terbabit kini ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aksi bahayaremajaRusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Kanak-Kanak Orang Asli Terjatuh Di Sg Bidor Ditemui

Next Post

UTC Mercu Tanda Baharu, Lonjak Status Bandar Tawau

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

14/05/2025
0

TAWAU : Nasib 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad...

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Next Post

UTC Mercu Tanda Baharu, Lonjak Status Bandar Tawau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd